Teroka fungsi ezBoxup. Memudahkan operasi bisnes online anda!
Kemaskini Status Pembayaran Secara Automatik
Dengan ezBoxup, tiada lagi keraguan akan status tempahan pelanggan. Sistem akan kemaskini tempahan pelanggan dengan real time dan tepat. Pemilik bisnes dan pelanggan akan mendapat notifikasi melalui emel secara automatik apabila pembayaran telah disahkan.
Pengurusan Data Pelanggan Secara Automatik
Urus dan rekod tempahan pelanggan manual agak rumit. Tapi sekarang dengan ezBoxup, data dan tempahan pelanggan seperti emel, sejarah tempahan, dan lain-lain akan direkodkan secara automatik. Ianya menjimatkan masa serta boleh akses walau di mana jua anda berada.
Pengurusan Bisnes Dan Jualan Online Dengan Mudah
ezBoxup memudahkan proses tempahan online kepada pemilik bisnes dan pelanggan dengan hanya satu link. Ianya dapat menjejaki sejarah pelanggan dan pembayaran transaksi dengan mudah dan tepat.
Akses di Semua Platform Sosial
Kongsikan link tempahan anda kepada para pelanggan melalui media sosial seperti Facebook Live, Facebook Post, Instagram Bio, Instagram Story, Twitter, LinkedIn dan lain-lain. Aplikasi telekomunikasi seperti Whatsapp, Snapchat, Telegram dan emel pun boleh. Dengan satu link, pelanggan hanya perlu klik untuk membuat tempahan online dengan mudah tanpa sempadan.
Mod Perkhidmatan Kurier Dan Rider Yang Fleksibel
Penghantaran secara pukal atau kecil-kecilan? Tak perlu risau lagi! Sistem ezBoxup telah diintegrasikan dengan sistem kurier dan rider untuk kemudahan anda.
Klik untuk senarai syarikat kurier dan rider yang disediakan.
Mod Pembayaran Yang Fleksibel
Kami menyokong pelbagai mod pembayaran. Antara pembayaran yang disokong adalah kad debit & kredit, FPX dan e-Wallet. Ini membolehkan pelanggan membuat pembayaran secara fleksibel.
Selaras Tempahan Secara Automatik
Sebaik sahaja link tempahan dikongsi melalui media sosial atau aplikasi komunikasi, tempahan pelanggan akan diselaraskan ke dalam ezBoxup portal admin secara automatik. Data-data akan diselaraskan untuk laporan jualan seperti jualan mingguan/ bulanan, hasil, status tempahan dan data pelanggan. Pemilik bisnes boleh mengakses laporan dan data jualan dengan menggunakan pelbagai alat peranti walau di mana jua anda berada.